Sunday, March 8, 2020

Cara Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2020

Homestay Kuantan

Inilah dia homestay 3 bilik (Aircond) yang berada di tengah bandar Kuantan. Hubungi En Amin 010-4645377. RM150


Cara Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2020



Berikut cara-cara memohon kemasukan ke Insitut Pendidikan Guru (IPG) secara online.


  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my/
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
  •  pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima rujukan.
  • Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Baca Juga : Cara daftar IPG melalui UPU Online



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda dinasihatkan untuk menghubungi bahagian pengambilan IPG KKM di alamat berikut:




INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760

No comments:

Post a Comment